Sukacita dimaklumkan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) anjuran Bahagian Perkhidmatan Akademik,Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan UiTM Shah Alam menganjurkan Library Liaison Officer Day 2016 pada tetapan berikut:

Tarikh   : 11 April  2016 (Isnin) 
Tempat : Bilik Seminar,Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama

Tujuan Library Liaison Officer Day 

Jalinan hubungan kerjasama di antara perpustakaan dengan Fakulti/ Bahagian /Pusat amatlah penting dalam pembangunan intelektual universiti. Dengan adanya seorang wakil daripada PTAR yang dinamakan sebagai Pegawai Perhubungan Perpustakaan,komunikasi dua hala akan terjalin dengan lebih baik dan berkesan di mana ianya merupakan salah satu usaha dalam menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti. 




PERLAKSANAAN

Pegawai Perhubungan Perpustakaan diharap dapat memberi komitmen sewajarnya agar komunikasi dan kolaborasi dapat berjalan lancar dalam memastikan kecemerlangan universiti dalam melaksanakan beberapa aktiviti/ program:

1. Sebagai pengantara perpustakaan dengan Fakulti/Bahagian/Pusat

o    Menghadiri mesyuarat /taklimat bersama fakulti
o    Menyalurkan aduan dan maklum balas berkaitan dengan Fakulti/Bahagian/Pusat
o    Menyalurkan keperluan perpustakaan kepada Fakulti/Bahagian/Pusat samada akreditasi dan sebagainya
o    Memberi nasihat dan pandangan untuk penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan
2. Pembangunan koleksi/sumber pengajaran,pembelajaran dan penyelidikan         melalui:
o    Mendapatkan cadangan pembelian buku/jurnal/pangkalan data/ebooks/VCD dan sebagainya dari Fakulti/Bahagian/Pusat
o    Mengiringi wakil Fakulti/Bahagian/Pusat ke gedung pembekal buku/pesta buku
o    Pengedaran katalog penerbit bercetak atau elektronik
3. Mewar-warkan Program outreach Perpustakaan
o    Kelas Kemahiran Maklumat kepada Fakulti/Bahagian/Pusat
o    Taklimat perpustakaan bersama Fakulti/Bahagian/Pusat
o    Hari Bertemu Pelanggan bersama Fakulti/Bahagian/Pusat
o    Lain-lain aktiviti bersama perpustakaan dan Fakulti/Bahagian/Pusat]
 Berikut Senarai Pegawai Perhubungan Perpustakaan:



TENTATIF PROGRAM LIBRARY LIAISON OFFICER DAY 2016 

Masa
Program
8.00 pagi – 9.00 pagi
Pendaftaran / Minum Pagi
9.00 pagi – 9.15 pagi
Ucapan aluan Ketua Pustakawan
9.15 pagi – 9.30 pagi
Tayangan Video PTAR
9.30 pagi – 10.00 pagi
Sesi Memperkenalkan Pegawai Perhubungan Perpustakaan PTAR dan Pegawai Perhubungan Perpustakaan Fakulti / Bahagian / Pusat
(Multimedia)
10.00 pagi – 1.00 tengahari

             


Sharing Session” 

     1.    Penerangan tugas dan tanggunggjawabPegawai Perhubungan Perpustakaan dan Perancangan Aktiviti 2016
            Oleh: Puan Asmah Maaroff

     2.    Pembelian Bahan Perpustakaan
            Oleh: Puan Baimah Bujang

     3.    Repositori Institusi Universiti: Dasar      Penyerahan Bahan Harta Intelek UiTM
Oleh: Encik Zulkifli Ismail

1.00 tengahari – 2.00 petang
Jamuan Tengahari/Rehat
2.00 petang – 5.00 petang
Lawatan 
Sesi Networking
5.00 petang
Minum Petang dan Bersurai

Post a Comment

Terbaru Lebih lama