Program ‘Take A Break…Read!@2016: A Book Alive’ adalah anjuran bersama Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM dengan Pejabat Perdana Menteri, bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca dari kalangan rakyat Malaysia, selain menonjolkan sikap prihatin penjawat awam menerusi ‘Kempen Derma Bahan Bacaan’ yang bertujuan menggalakkan orang ramai, khususnya penjawat awam untuk menyumbangkan bahan-bahan bacaan, sama ada yang baru atau terpakai kepada pihak-pihak yang memerlukan di kawasan pendalaman.


Sehubungan itu, dua (2) kotak sumbangan telah diletakkan di pintu masuk PTAR Utama dan di lobi berhadapan kaunter pinjaman untuk para pelanggan membuat sumbangan bahan.
Warga PTAR adalah dijemput untuk memberi sokongan kepada kempen ini dengan menderma bahan bacaan yang diperlukan.

Tarikh tutup adalah pada 25 Mei 2016.



JOM DERMA BUKU!!!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama