Foto : Abdul Rashid


Yogyakarta. 20 Dis 2016.- Forum Indonesia - Malaysia. Kolokium Sains Informasi. Penglibatan pustakawan dari UiTM Cawangan Selangor, UiTM Shah Alam dan UiTM Cawangan Perlis. Selain dari kolokium diadakan juga lawatan ke kampus dan perbincangan bersama pustakawan di Universitas Gadjah Mada Yogyakarta, Universitas Islam Indonesia Yogyakarta dan Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta.

Penganjuran Lawatan penandaarasan anjuran PTAR UiTM Cawangan Selangor selama 4 hari (18-21 Disember 2016) dapat disimpulkan telah berjaya mencapai objektif pengajurannya dalam menambahbaik sistem pengurusan Universiti yang  meliputi aspek sumber manusia, kewangan, fasiliti, ICT dan perpustakaan.

Lawatan kerja mewakili UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam ini telah disertai oleh  sebelas (11) orang Pegawai UiTM yang terdiri daripada  5 orang Ahli Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE), 1 orang (TKP Kanan), 2 orang Pustakawan Kanan, seorang Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat  serta  seorang Pensyarah Fakullti Seni Lukis dan Seni Reka. Terdapat juga penyertaan  seorang Pustakawan Kanan dari Perpustakaan Tun Abd Razak Shah Alam, seorang Ketua Timbalan Pendaftar UiTM Shah Alam,  seorang TKP Perpustakaan UiTM Cawangan Perlis dan Ketua Pustakawan Universiti Malaya.

Sepanjang lawatan ini, peserta telah berjaya mengenal pasti, mempelajari, serta saling bertukar idea dan pengalaman dari pihak pengurusan Universiti sekitar Yogyakarta berikut:
•    Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga – 19 Disember 2016
•    Universitas Islam Indonesia (UII) – 19 Disember 2016
•    Universiti Gadja Mada – 20 Disember 2016

Penganjuran Kolokium Sains Informasi pada 20 Disember 2016, yang bertempat di Perpustakaan Universiti Gadja Mada pula telah menghasilkan 7 buah kertaskerja dimana peserta UiTM Cawangan Selangor telah membentangkan 4 buah kertaskerja yang sangat relevan membincangkan pelbagai isu semasa berkaitan dengan bidang kepustakawanan.

Berikut adalah pembentang-pembentang  dan tajuk kertas kerja:
1.    Dr. Khasiah Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Selangor - Information Literacy Integrated Module by Embedded Librarians in UiTM Puncak Alam (UiTM)
2.    Dr. Che Zainab Hj Abdullah,  Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana - E-Book And Library Return On Investment (ROI)
3.    Puan Jamizan Abdul Rashid@Jalaluddin, Pensyarah Kanan Bahagian Grafik Art & Design UiTM Puncak Alam - LAKAR FEST as Social Art and Knowledge -Driven Based Community Event: The impactful and Visibility of Doodle in Malaysian Context
4.    Puan Nurul Diana Jasni, Pustakawan Kanan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam - Application and Best Practices of Media Integration Strategies






 


http://www.lib.uin-suka.ac.id/berita/360-akademisi-uitm-dan-universiti-malaya-berkunjung-ke-perpustakaan-uin-sunan-kalijaga.html
Lawatan Rasmi ke Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta Akademisi UiTM dan Universiti Malaya Berkunjung ke Perpustakaan (UIN) Sunan Kalijagahttp://www.lib.uin-suka.ac.id/berita/360-akademisi-uitm-dan-universiti-malaya-berkunjung-ke-perpustakaan-uin-sunan-kalijaga.html


http://library.uii.ac.id/?p=848
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universitas Teknologi MARA,  Malaysia , Kunjungi Direktorat Perpustakaan Universitas Islam Indonesia (UII)
http://library.uii.ac.id/?p=848

https://www.facebook.com/fppti.daerahistimewayogyakarta/media_set?set=a.1082403401858709.1073741826.100002671788174&type=3&pnref=story
Gala Dinner FPPTI DIY dengan Pustakawan Malaysia
http://www.fppti-diy.or.id/2016/12/gala-dinner-fppti-diy-dengan-pustakawan.html


like and follow us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm


Post a Comment

Terbaru Lebih lama