Kumpulan Inovasi & Kreatif atau lebih dikenali sebagai KIK telah sekian lama mendapat tempat dalam kalangan warga Perpustakaan dan UiTM.

Bengkel kali ini adalah untuk persediaan bagi 3 kumpulan KIK PTAR ke Konvensyen Team Excellence MPC Wilayah Selatan dan KIK UiTM Peringkat Zon Tengah 2018


Konvensyen Team Excellence MPC Wilayah Selatan akan diadakan pada 10 – 11 Julai 2018 bertempat di Holiday Villa, Johor Baharu. Manakala Konvensyen KIK UiTM peringkat Zon Tengah akan berlangsung pada 3 Oktober 2018 Kumpulan dari PTAR yang akan mewakili UiTM ke Konvensyen Team Excellence Wilayah Selatan adalah kumpulan i-CLIQUE manakala kumpulan SHINE dan KeyLite akan mewakili PTAR ke Konvensyen KIK UiTM Zon Tengah.

Bengkel Intensif KIK kali ini diadakan di Bilik Seminar PTAR Utama bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan dalam kerja serta penetapan sasaran berdasarkan analisa atau tandaaras tertentu (dalaman atau luaran). Sesi yang berjalan selama 3 hari ini diselia oleh pakar rujuk KIK UiTM iaitu Tuan Haji Azizi Jantan

















 Like & Follow Us









Post a Comment

Terbaru Lebih lama