Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM (PTAR UiTM) mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh YB Dr Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada sidang media (21hb Jun 2018) yang menyatakan salah sebuah program dan sistem berkaitan akademik perlu dikaji semula pelaksanaannya. Jika pelaksanaannya dihentikan maka peruntukan tersebut boleh disalurkan kepada Perpustakaan bagi pembelian bahan-bahan rujukan antarabangsa yang bermutu.
Keperihatinan YB Menteri Pendidikan ini harus disambut baik dan positif kerana bahan-bahan rujukan utama khususnya Pangkalan Data Atas Talian (PDAT) atau Online Databases merupakan bahan rujukan utama yang dapat memantapkan Pengajaran, Pembelajaran dan Penyelidikan. Namun begitu masalah kekurangan peruntukan menjadi kekangan utama untuk melanggan Pangkalan Data tersebut. Peruntukan tahunan langganan yang secara puratanya antara 7-8 juta ( tahun 2016 – 2018 ) bagi langganan 46 buah Pangkalan Data pada tahun 2016 dan turun kepada 41 buah Pangkalan Data pada tahun 2017 dan 38 buah pada tahun 2018 adalah tidak mencukupi. Ini adalah kerana harga yang kian meningkat setiap tahun walaupun proses runding harga dan kajian penggunaan dibuat secara teliti sebelum langganan baru dan semula dilakukan.
Penggunaan
Pengakalan Data tersebut pula menunjukkan peningkatan yang nyata. Jumlah muat
turun bagi 46 buah Pangkalan Data pada tahun 2016 adalah 3,806,801 dan pada
tahun 2017 muat turun bagi 41 buah Pangkalan Data adalah 4,361,389. Bagi tahun
2018 (Jan-Mei) muat turun bagi 38 buah Pangakalan Data adalah 1,510,916 dan
dijangkakan akan terus meningkat. Contoh yang paling nyata adalah penggunaan
Pangkalan Data Atas Talian Emerald yang menunjukkan peningkatan penggunaannya selama
7 tahun (2011-2017). Ini membolehkan UiTM menerima Emerald High Usage Award
selama 7 tahun berturut-turut. Pangkalan Data Atas Talian Emerald ini juga
telah digunakan sepenuhnya oleh tenaga akademik UiTM untuk tujuan penulisan dan
penyelidikan. Ini dibuktikan dengan pencapaian tempat ketiga dalam Malaysian
High Research Output Award (66 orang penulis).
source: http://www.emeraldgrouppublishing.com/about/news/story.htm?id=7705
Perpustakaan sebagai penyedia perkhidmatan rujukan utama memandang tinggi usaha Kementerian Pendidikan untuk memantapkan koleksi rujukan bermutu ini. Kekangan peruntukan dan peningkatan penggunaan Pangkalan Data Atas ini dirasai oleh semua Perpustakaan Universiti Awam. Memantapkan langganan Pangkalan Data Atas Talian ini secara lansungnya memantapkan pula usaha penyelidikan dan penulisan ilmiah yang berkualiti tinggi.
Ketua Pustakawan UiTM
sumber :
https://www.facebook.com/kpmsptofficial/videos/1654967717935554/
https://www.facebook.com/kpmsptofficial/
https://www.facebook.com/KemPendidikan/
http://www.sinarharian.com.my/nasional/universiti-boleh-henti-teruskan-icgpa-maszlee-1.847555
Catat Ulasan