SHAH ALAM -
Sejajar dengan pemodenan teknologi dan perubahan dalam lanskap
pendidikan di negara ini, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengambil
langkah awal bagi mentransformasikan dan memantapkan lagi peranannya ke
arah menjadikan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran, penyelidikan
dan pengajaran yang lebih dinamik.
Di
samping itu, bengkel ini juga menjadi satu platform kepada pustakawan
UiTM bagi membuat perancangan dan halatuju baharu perpustakaan yang
lebih mampan dan kekal relevan untuk tempoh yang akan datang.
Bengkel
yang diadakan di Institute of Leadership and Development (ILD), Bandar
Enstek, Negeri Sembilan selama tiga hari dua malam ini dikendalikan oleh
mantan Timbalan Naib Canselor UiTM Prof Sr Ir Dr Suhaimi Abdul Talib
yang juga merupakan Pengerusi, UiTM Private Education Sdn. Bhd.
Antara objektifnya adalah bagi :
1. Memperkasakan peranan perpustakaan dengan mengenal pasti fungsi perpustakaan yang perlu ditukar (to change), ditambah baik (to improve), dikekalkan (to maintain), ditiadakan (to eliminate) atau diubah suai (to modify) agar terus berdaya saing seiring dengan arah aliran (trend) global.
2. Mewujudkan model penstrukturan perpustakaan yang mampan dengan output yang jelas selaras perubahan lanskap Pendidikan Tinggi.
3. Menghasilkan perancangan sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan berdasarkan teknologi dan inovasi yang dapat mewujudkan konsep perpustakaan yang lebih dinamik.
4. Menyediakan staf perpustakaan yang berinovasi dan berdaya saing bagi mendepani cabaran dan perubahan yang akan berlaku pada masa hadapan.
Pembukaan Bengkel Foresight Lab: Libraries Of The FutureBengkel ini diadakan di Institute of Leadership and Development (ILD), Bandar Enstek, Negeri Sembilan selama tiga hari dua malam.
Program dimulakan dengan Cetusan Minda oleh Ketua Pustakawan Encik Noor Hidayat Adnan kemudian diteruskan dengan Sesi Perkongsian oleh Prof. Dr. Sohaimi Zakaria , Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM.
Seterusnya taklimat dari mantan Timbalan Naib Canselor UiTM Prof Sr Ir Dr Suhaimi Abdul Talib Pengerusi yang mengendalikan bengkel ini.

FORESIGHT LAB: LIBRARIES OF THE FUTURE
TARIKH : 7-9 JANUARI 2018
TEMPAT : ILD, BANDAR ENSTEK
#library #uitm #libraryuitm #libraryofthefuture
Foto-foto sekitar Foresight Lab Library UiTM
https://perpustakaanuitm.blogspot.com/2019/01/sekitar-pembukaan-foresight-lab.html
Like & Follow Us
Catat Ulasan