Minda Nc: Bicara Buku bersama Nc UiTM memaparkan maklumat dan ringkasan koleksi buku atau bahan-bahan yang dibaca oleh bacaan Naib Canselor UiTM. Penerbitan Minda Nc: Bicara Buku bersama Nc UiTM ini dibuat sekali sebulan ataupun setiap kali judul-judul buku dicadangkan sendiri oleh Naib Canselor atau diutarakan pada mesyuarat-mesyuarat utama UiTM. Sebaran penerbitan ini adalah melalui e-mel rasmi UiTM. Penerbitan ini diharapkan dapat berkongsi maklumat hasil pembacaan Naib Canselor UiTM dan seterusnya memupuk budaya membaca warga universiti.

Minda Nc bagi bilangan 1, Mei 2019 memetik dua buah buku yang telah dinyatakan oleh YBhg. Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM sempena Amanat Naib Canselor UiTM yang telah diadakan pada 14 Mac 2019. Bersama-sama ini disertakan Minda Nc Bil. 1, Mei 2019. 

 


Like & Follow Us

Post a Comment

Terbaru Lebih lama