Satu program Gotong Royong Memasak dan Agihan Bubur Lambuk yang dianjurkan oleh warga Perpustakaan Tun Abdul Razak pada tarikh 17hb. Mei, 2019 (Jumaat), bermula dengan gotong-royong memasak seawal jam 08.00 pagi sehingga penyerahan agihan jam 12.30 tengahari.

Program Gotong Royong memasak bubur lambuk ini dijalankan diperkarangan Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama. Sebanyak kira-kira 500 bekas bubur lambuk telah dapat disediakan

Majlis pengagihan dan penyerahan bubur lambuk telah dilakukan oleh Ketua Pustakawan En Noor Hidayat. Penyerahan turut diberikan kepada wakil Jabatan dan wakil Perpustakaan Fakulti.

Diharapkan usaha murni, kerjasama dan komitmen sebegini akan terus berkekalan dalam menjalin ukhwah sesama kita warga PTAR.

































































































































Alhamdulillah, dengan rasa penuh kesyukuran kepada Allah swt. Program Bubur Lambuk PTAR telah dijalankan dengan meriah dan jayanya.

Bagi pihak Pengurusan PTAR, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ketua Jabatan/Bahagian/Perpustakaan dan semua staf PTAR yang telah memberi sokongan, berganding bahu dan bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa bagi menjayakan Program Bubur Lambuk PTAR pada tahun ini.

Diharapkan usaha murni, kerjasama dan komitmen sebegini akan terus berkekalan dalam menjalin ukhwah sesama kita warga PTAR.

Mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang perlaksanaan program ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah swt dan segala kekurangan itu datangnya dari diri kami pihak penganjur.






Like & Follow Us

Post a Comment

Terbaru Lebih lama