Bengkel Pembangunan Modul Bacaan Pantas (Speed Reading)
Tarikh: 17-18 Jun 2019
Masa: 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat: Bilik Seminar , PTAR 1 , UiTM Shah
Alam
Peserta: Ahli Jawatankuasa Speed Reading
Perpustakaan UiTM
Membaca adalah suatu kemahiran yang diperlukan
oleh setiap manusia kerana inilah kunci kepada semua dasar ilmu pengetahuan.
Membaca dengan kelajuan yang cepat membolehkan seseorang menambahkan
pengetahuan secara berganda meskipun masa bacaan yang diambil sama seperti
biasa.
Bacaan pantas merupakan teknik bacaan yang
mudah dipelajari serta boleh dipraktikkan melalui latihan yang sistematik.
Bengkel ini diharapkan dapat membentuk masyarakat ilmu bertaraf dunia dengan
tumpuan membaca untuk pengetahuan dan pembudayaan amalan membaca.
Antara Objektif bengkel adalah:
a) Menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran modul speed reading
b) Membina pasukan pakar di kalangan kakitangan perpustakaan dalam bidang pembacaan dan pengurusan program galakan membaca.
c) Menggalakkan pembacaan di kalangan peserta serta membina kompetensi pembacaan.
#SpeedReading #uitmmembaca #malaysiamembaca #libraryuitm #uitmlibrary
Catat Ulasan