Tarikh: 19 Julai 2019
Tempat: Perpustakaan Tun Abdul Razak
Anjuran Bersama PTAR & Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM
Penggiatan Budaya Membaca adalah merupakan agenda Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah mencapai Negara Membaca tahun 2030. Dalam usaha memperkasakan aktiviti galakan membaca di peringkat Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan pelbagai program galakan membaca secara terancang dan berterusan.
Program Bicara Tokoh adalah sesi perkongsian ilmu dan perbincangan ilmiah serta santai untuk mencetuskan aspirasi serta matlamat dalam menghadapi masa hadapan di dalam kalangan warga UiTM bersama tokoh-tokoh yang ternama dan berilmu.
Pemilihan tokoh juga adalah dilihat melalui kecenderungan tokoh untuk menerapkan budaya membaca dan juga diperakui sebagai seorang tokoh pembaca yang hebat untuk mendorong warga UiTM menjadi sebagai masyarakat membaca.
OBJEKTIF
a)Meningkatkan ilmu kepada Warga UiTM daripada sesi perkongsian ilmu dan pengalaman kedua-dua tokoh dalam bidang penulisan sejarah dan juga penghasilan lukisan
b)Memberi inspirasi kepada warga UiTM dalam usaha memperkukuhkan jati diri Melayu
c)etokohan kedua-dua individu istimewa ini mampu menyuntik semangat cintakan ilmu melalui budaya suka membaca dan mengkaji.
BUKU PILIHAN
a)Wajah Warisan Malaysia
b)Perjuangan Abadi Bangsa Melayu
Like & Follow Us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm
Catat Ulasan