Kunjungan Hormat ke Pejabat Dekan ke Fakulti Pendidikan, UiTM Puncak Alam

Satu kunjungan hormat ke Pejabat Dekan Fakulti Pendidikan UiTM Puncak Alam telah dilaksanakan pada 25 November 2019. Kunjungan hormat ini dilaksanakan dengan objektif untuk mengeratkan hubungan antara PTAR dan Fakulti, berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan serta mendapatkan maklumbalas fakulti bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan Perpustakaan Tun Abdul Razak.

En. Jamalludin Sulaiman, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, yang mengetuai kunjungan hormat ini telah memberi taklimat dan berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan PTAR serta dibantu oleh Tn Hj Faizar Jaafar (Pustakawan Kanan), En Mohd Hazrul Mohd Hussin (Pustakawan Kanan) dan Puan Siti Fazlina Mohamed Raffi (Pustakawan Kanan). Turut hadir bersama adalah En Arshad Bujang (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan), En Mohd Ismail Abidin (Timbalan Ketua Pustakawan), Pn Nurul Diana Jasni (Timbalan Ketua Pustakawan), Puan Hafiza binti Mustape (Pustakawan Kanan), En Silsoh Khairol (Pembantu Pustakawan).

Banyak maklumbalas positif yang telah diterima dari pihak Fakulti antaranya, Prof. Madya Dr Nabilah Abdullah (Dekan Fakulti Pendidikan) meminta mempelbagaikan bentuk kerjasama, menaiktaraf sistem MyKM Portal dengan fungsi cross subject functional serta menyebarluaskan perkhidmatan yang ditawarkan dengan lebih giat lagi.




















#libraryforall
#LibraryOutreach
#LibraryOutreachUiTM
#kitauitm
#UiTMdihatiku
#KunjunganHormat


Like & Follow Us




1 Ulasan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama