Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bual bicara secara langsung bersama Penerbit Patriots Publication di bawah segmen Bicara Buku. Program ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Salwa A.Rahman, Pustakawan Kanan, selaku moderator bersama panel jemputan, Cik Nur Zahidah Mohd Zabri, Editor Patriot Publishing Sdn. Bhd. Sesi perkongsian ilmu pada kali ini memberi fokus kepada tiga buah buku terbitan Patriot Publishing Sdn. Bhd iaitu Dunia Tanpa Tembok III, The Human Complex dan Lipur Lara Nusantara. Panel jemputan berbesar hati berkongsi dengan lebih mendalam mengenai latar belakang penulis, isi kandungan serta harapan penulis dalam penerbitan buku mereka. Dunia Tanpa Tembok III karya Ayman Rashdan Wong merupakan himpunan analisis keadaan geopolitik serantau dan dunia di mana pembaca akan didedahkan kepada tiga ilmu geopolitik iaitu kuasa, identiti dan geografi. The Human Complex karya Zamir Mohyedin & N.H.M membawa pembaca menyelami logik di sebalik minda dan kelakuan manusia melalui eksperiman-eksperimen yang telah dijalankan oleh saintis dan pakar psikologi. Buku yang terakhir iaitu Lipur Lara Nusantara karya Ninot Aziz mengisahkan pelbagai lagi cerita rakyat, hikayat dan legenda yang masih belum diketahui oleh rakyat. Semoga perkongsian pada kali ini dapat memberi manfaat, sekali gus menggalakkan amalan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. 

 




Siaran ulangan boleh dilihat di pautan:


Youtube Perpustakaan UiTM Channel: 
https://youtu.be/CDm1-LgTOOg

FB Perpustakaan UiTM:

https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159541671482625/


Like and follow us:


Post a Comment

Terbaru Lebih lama