PTAR Menganjurkan Bengkel Training For Trainers Modul Easy Write With Microsoft Word

3 Mac 2021 | Shah Alam

Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam telah menganjurkan Bengkel Training for Trainers bagi Modul Modul Easy Write With Microsoft Word (LMS302) bagi semua Pustakawan yang mengendalikan kelas di seluruh sistem UiTM. Bengkel yang diadakan pada 2 dan 3 Mac 2021 telah dihadiri seramai 54 peserta yang terdiri daripada Pustakawan dan Pembantu Pustakawan yang menguruskan dan mengendalikan kelas ini. Penceramah yang mengendalikan bengkel ini adalah Dr Mohd Zuli Bin Jaafar, Pensyarah Kanan UiTM dan merupakan pengasas kepada MZJ Formatting Method. Bengkel ini adalah sangat penting bagi tenaga pengajar yang akan mengendalikan Modul ini bagi meningkatkan komptensi dan skil mereka. Ianya supaya penawaran kepada Modul ini kepada semua warga UiTM dapat di jalankan dengan baik, teratur dan mengikut keperluan yang telah ditetapkan didalam modul yang disediakan.

Modul ini akan menekankan penggunaan format yang standard didalam membuat tugasan ataupun bagi keperluan pelajar tahun akhir menyiapkan dissertasi ataupun tesis mereka menggunakan template yang standard yang ditetapkan oleh Universiti. Penawaran Modul ini adalah percuma untuk semua warga Universiti dan boleh ditempah pada bila-bila masa yang diperlukan. Untuk tempahan, warga universiti  boleh membuat tempahan di portal https://ekkm.uitm.edu.my/. Pihak perpustakaan akan mengaturkan sesi tersebut berdasarkan permohonan yang telah dibuat.





Like and follow us:


Post a Comment

Terbaru Lebih lama