20 Mei 2021 l Shah Alam

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM dengan kerjasama Fakulti Sains Gunaan telah menganjurkan Program Library Outreach@PTAR, di Fakulti Sains Gunaan secara atas talian pada 20 Mei 2021, dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program tersebut disertai oleh 124 orang Staf Akademik dan 4 orang penceramah dari Perpustakaan Tun Abdul Razak. Program Library Outreach@PTAR ini dianjurkan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab Pegawai Perhubungan Perpustakaan, memberi penerangan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan kepada warga Fakulti Sains Gunaan.  Antara pengisian menarik Program Library Outreach @PTAR adalah Penerangan  Program Library Outreach dan PTAR Intellectual Discourse.

Aktiviti dimulakan dengan penerangan dan pendedahan ringkas tentang Program Library Outreach@PTAR yang disampaikan oleh Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, diikuti dengan sesi Intellectual Discourse. Sesi ini merupakan taklimat mengenai perpustakaan berdasarkan 5 Modul Library Outreach, disampaikan oleh Cik Nor Sabariah bt Mansor, Pegawai Perhubungan Perpustakaan bagi Fakulti Sains Gunaan. Modul pertama iaitu LOP100 iaitu Proses Cadangan Pembelian Bahan Perpustakaan menggunakan Sistem WILS, diikuti modul kedua, LOP101 Repositori Universiti (Dasar Penyerahan Bahan Harta Intelek UiTM)/Pemilikan Bahan Silibus & PTAR Public Repository. Seterusnya, modul ketiga iaitu LOP102 Pengurusan Rekod Universiti telah disampaikan oleh Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman, Pustakawan Kanan. Penerangan mengenai modul keempat, LOP103 Sokongan Penyelidikan telah disampaikan oleh Encik Mohd Ismail bin Abidin, Timbalan Ketua Pustakawan. Modul terakhir iaitu Modul LOP104 Perpustakaan Digital PTAR/Perkhidmatan dan Kemudahan kemudiannya disampaikan oleh Tn. Hj. Ahmad Faizar, Pustakawan Kanan.

Program Library Outreach ini diharap bukan sahaja dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan UiTM, malah dapat meningkatkan penggunan perkhidmatan digital perpustakaan di kalangan warga fakulti. 


Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama