Bengkel Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) PTAR 2021 Siri 1


Unit Goveran & Kualiti, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, Jabatan Pentadbiran Organisasi, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan Bengkel Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) PTAR 2021 Siri 1 pada 29 Jun 2021 secara atas talian menggunakan platform Cisco Webex.  Objektif penganjuran bengkel ini adalah bagi menerangkan rubrik dan format penulisan Laporan AKNC 2021 mengikut kiteria, membincangkan skop dan fokus kekuatan PTAR bagi bidang tumpuan penyampaian perkhidmatan, memastikan kandungan penulisan di antara setiap kriteria (1-7) adalah terselaras dan teratur dan memberikan tunjuk ajar serta panduan  dalam pengisian laporan penulisan menggunakan Sistem i-AKNC. Bengkel ini telah disertai oleh barisan penulis laporan AKNC dan akan diteruskan dengan siri 2 pada 9 Julai manakala siri 3 pada 16 Julai 2021. 


Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama