Kegagalan mengurus pusaka atau aset peninggalan si mati akan mengakibatkan risiko perpecahan dan perbalahan di kalangan waris si mati. Situasi sebaliknya akan berlaku sekiranya pengurusan harta pusaka si mati dapat diurus dengan baik dan berhemah. Justeru, pengetahuan berkenaan pewarisan pusaka perlu disebar luas dikalangan masyarakat.

Topik tazkirah bulan Mei berkaitan "Pusaka" telah disampaikan dengan berkesan oleh Ustaz Mohd Hafiz Mohd Hasan. Dengan pengalaman yang luas berkaitan hibah, faraid dan wasiat, Ustaz Mohd Hafiz berjaya mencuri perhatian penonton apabila soalan-soalan yang dilontarkan oleh beliau mendapat maklumbalas yang baik daripada kalangan peserta. Dengan gaya penyampaian yang bersahaja dan mudah difahami, pengisian program meliputi isu-isu semasa berkaitan pusaka, pengenalan pusaka, pengenalan waris, pengenalan hibah, faraid dan wasiat, proses pembahagian pusaka, organisasi yang menguruskan hibah dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) (2016).

Program yang berlangsung selama satu jam ini berakhir dengan sesi soal jawab oleh peserta. Antara soalan daripada peserta iaitu berkaitan pemilikan pusaka yang berstatus cagaran.

Sejumlah 30 orang peserta telah hadir di program tazkirah ini yang telah berlangsung pada hari Jumaat, 20 Mei 2022 jam 09:00 pagi.






Post a Comment

Terbaru Lebih lama