Pustakawan memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan yang ditawarkan berjalan lancar. Sebagai profesion yang sentiasa berkembang dan kekal relevan, ciri-ciri asas seperti penghayatan dan kecintaan terhadap ilmu perlu ada dalam diri mereka. Mereka harus sentiasa cekap, tangkas dan tepat dalam memberi maklumat, fakta dan data yang diperlukan pengguna. Selain itu, Pustakawan turut berperanan sebagai pendorong, pembimbing dan fasilitator yang cekap dan efektif dalam pengesanan maklumat terutama dalam penggunaan ICT dan pengemudi maklumat. 

Pustakawan juga bertindak sebagai pengurus dan perancang yang strategis, peka dengan persekitaran, terutamanya keperluan pengguna. Ciri-ciri proaktif, inovatif dan kreatif perlu seiring dengan kemahiran yang ada dalam diri mereka, secara tidak langsung mampu mendekati masyarakat. Hal ini dilihat mampu bertindak sebagai pemangkin perubahan masyarakat setempat. 

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam ingin mengucapkan Selamat Hari Pustakawan Malaysia 2022 kepada semua Pustakawan-Pustakawan di seluruh Malaysia khususnya kepada Pustakawan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM). 

 SELAMAT HARI PUSTAKAWAN MALAYSIA

 

#tiadasesiapayangtertinggal
#perpustakaansebagaiagenperubahan
#nooneleftbehind
#librariesasagentsofchange


Post a Comment

Terbaru Lebih lama