Pada 5 September 2022 (Isnin), satu lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ke Perpustakaan Tunku Tun Aminah (UTHM), Johor telah diadakan dan diiringi oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan). Mereka amat berbesar hati dengan sambutan yang diterima dari Ketua Pustakawan Perpustakaan Tunku Tun Aminah (UTHM) iaitu Puan Zaharah binti Abdul Samad yang telah menyambut ketibaan mereka.

Ia merupakan satu sesi perkongsian dan bertukar pendapat serta pandangan mengenai halatuju perpustakaan masing-masing demi meningkatkan tahap perkhidmatan perpustakaan.

Semoga dengan adanya kerjasama seperti ini, ia akan memberikan impak dalam memartabatkan peranan perpustakaan agar sentiasa kekal relevan dan menjadi nadi kepada Universiti masing-masing.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama