Selepas lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ke Kampus Segamat, satu lagi lawatan kerja ke PTDI Kampus Pasir Gudang telah diadakan pada 5 September 2022 (Isnin) yang diiringi oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan). Terima kasih diucapkan di atas sambutan dan komitmen yang diberikan oleh semua staf perpustakaan dalam memainkan peranan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga kampus.

Lawatan ini dimulakan dengan ucapan aluan dan pembentangan rangkuman aktiviti di PTDI Pasir Gudang bagi tahun 2022 oleh Encik Idris bin Muhammad (Pustakawan Kanan) di sana. Kemudian diteruskan dengan sesi perjumpaan dan taklimat Ketua Pustakawan bersama staf PTDI di Pasir Gudang mengenai halatuju dan perubahan yang perlu dilakukan oleh warga Perpustakaan UiTM dalam mencapai GRU2025 UiTM.

Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan juga menerangkan lebih lanjut mengenai kepentingan halatuju GRU2025 Perpustakaan UiTM dan Roadmap Perpustakaan Digital supaya staf dapat memahami aspirasi dan perubahan yang akan berlaku menjelang GRU 2025 Perpustakaan UiTM.



Diharap dengan lawatan kerja ini, staf PTDI secara khususnya lebih memahami aspirasi ini dan bersedia membantu perpustakaan dalam merealisasikan halatuju GRU2025.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama