22 September 2022 (Khamis) - Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam telah menerima lawatan dari pihak pengurusan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub, Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) seramai 23 orang.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perolehan, penyimpanan dan pemeliharaan serta pemuliharaan Koleksi Arkib Universiti dan sebagainya. 

Lawatan yang bermula pada jam 10.30 pagi ini disambut baik oleh staf Jabatan Arkib Universiti yang diketuai oleh Encik Ahmad Amiri bin Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan.

 

Penerangan lawatan ini juga telah dibantu oleh Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman, Pustakawan Kanan yang mengendalikan Unit Perkhidmatan Arkib dan Puan Azniza binti Hj. Mohamad Nor, Pegawai Arkib Kanan yang mengendalikan Bahagian Pengurusan Rekod. 


Dalam sesi lawatan ini, Jabatan Arkib Universiti berkongsi berkaitan penyimpanan dan pengurusan serta bertukar pandangan dan cadangan untuk dipraktikkan di UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub. Mereka juga telah dibawa melawat ruang dan persekitaran di Jabatan Arkib Universiti untuk melihat sendiri bagaimana penyimpanan, pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan dokumen/rekod dijalankan di Shah Alam.

Sesi lawatan yang dianggarkan selama 2 jam ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub kepada Jabatan Arkib Universiti serta berbalas cenderahati sebagai tanda penghargaan. Sesi bergambar juga diadakan sebagai kenangan di luar bangunan Jabatan Arkib Universiti.

Diharap dengan lawatan ini, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah mendapat pendedahan dan pengetahuan mengenai pengurusan dokumen/rekod dan dapat dipraktikkan di kampus masing-masing.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama