Pada 26 September 2022 (Isnin), Ketua Pustakawan UiTM telah berpeluang mengadakan lawatan kerja ke PTAR Kampus Dengkil yang diiringi oleh Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan. Mereka disambut baik oleh Cik Nordiana binti Tukijo (Pustakawan Kanan) dan Puan Fatin Hanisah binti Ahmmad Rofee (Pustakawan) serta staf perpustakaan di sana.

Lawatan ini dimulakan dengan sesi bergambar di Arena PTAR Kampus Dengkil dan menandatangani buku pelawat serta minum pagi bersama-sama staf. Lawatan ini diteruskan dengan ucapan aluan daripada Cik Nordiana beserta pembentangan pencapaian pembangunan dan perkhidmatan PTAR Kampus Dengkil.


Dalam lawatan ini juga, Ketua Pustakawan tidak lepaskan peluang untuk sesi dua hala bersama staf bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perpustakaan serta mendengar pendapat dan cadangan dari staf terutama berkaitan dengan perkhidmatan perpustakaan.
Beliau juga berpeluang berkongsi mengenai kepentingan dan hala tuju perpustakaan UiTM dan berharap agar mereka bersama-sama memahami dan membantu merealisasikan aspirasi perpustakaan UiTM.




Selesai sesi tersebut, Ketua Pustakawan dan Encik Norhazlan telah di bawa melawat sekitar perpustakaan di sana dan sesi bergambar sebagai kenangan.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh staf perpustakaan PTAR Kampus Dengkil yang telah menunjukkan komitmen yang terbaik dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan untuk warga kampus.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama