Ketua Pustakawan UiTM berpeluang meluangkan masa dalam sesi engagement bersama staf pelaksana PTAR Shah Alam dan Cawangan Selangor yang telah dihadiri seramai 80 orang staf pelaksana yang diadakan di Auditorium PTAR Undang-Undang, UiTM Shah Alam.

Sesi ini juga turut dihadiri oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan), Puan Nor Azwani binti Mohamad (Timbalan Ketua Pustakawan) dan Puan Nurul Aida binti Noor Azizi (Pustakawan Kanan).


Dalam sesi ini dua hala ini, Ketua Pustakawan turut berkongsi mengenai pencapaian PTAR dan hala tuju serta kepentingan perpustakaan agar staf dapat memahami aspirasi dan perubahan yang akan berlaku menjelang GRU 2025 Perpustakaan UiTM. Sesi ini juga termasuk sesi soal jawab dari staf pelaksana beserta idea dan input yang baik dari mereka.


Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Transformasi dan Governan Perpustakaan, PTAR kerana telah berjaya mengadakan sesi engagement seperti ini. Diharap sesi seperti ini dapat diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan di masa akan datang.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama