Pada 13 September 2022 (Selasa), Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman telah menjalankan lawatan kerja ke PTAR Kampus Rembau yang diiringi oleh Encik Ahmad Amiri bin Mohamad, Ketua Jabatan Arkib Universiti (JAU).


Mereka disambut baik oleh Ketua Perpustakaan Cawangan Negeri Sembilan, iaitu Puan Jamilah binti Md. Yusoff dan staf perpustakaan di sana.


Dalam lawatan ini juga, sesi dua hala bersama staf perpustakaan juga membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perpustakaan termasuk hal ehwal staf dan penjawatan serta pengurusan peruntukan yang diuruskan oleh perpustakaan. Ketua Pustakawan juga berpeluang menerangkan mengenai kepentingan dan hala tuju perpustakaan UiTM dan berharap agar semua staf bersama-sama memahami dan merealisasikan usaha dan aspirasi perpustakaan UiTM menjelang tahun 2025.



Selesai sesi tersebut, Ketua Pustakawan bersama Encik Ahmad Amiri telah di bawa melawat sekitar perpustakaan di sana dan diikuti dengan sesi bergambar sebagai kenangan.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh staf perpustakaan PTAR Kampus Rembau yang telah menunjukkan komitmen yang terbaik dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan untuk warga kampus.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama