Pagi ini Ketua Pustakawan UiTM berkesempatan menziarahi salah seorang staf perpustakaan yang telah ditimpa musibah iaitu Encik Noorwazit bin Nurudin (Pembantu Pustakawan Kanan), staf perpustakaan PTAR Alam Bina, UiTM Shah Alam.

Turut hadir bersama-sama beliau adalah Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Perpustakaan Tertinggi) dan Encik Mohd Adib bin Mohd Mohsin (mewakili Jawatankuasa Tazkirah PTAR).



Menurut Encik Noorwazit, kejadian kebakaran berlaku pada 5 September 2022 (Isnin)
jam 4:30 petang yang berpunca daripada litar pintas. Alhamdulillah, beliau sekeluarga tidak mengalami apa-apa kecederaan.


Ketua Pustakawan juga berkesempatan menyerahkan sedikit sumbangan daripada staf PTAR dan Jawatankuasa Tazkirah PTAR. Diharap ia dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Encik Noorwazit sekeluarga.

Beliau mewakili seluruh staf PTAR menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar Encik Noorwazit sekeluarga dipermudahkan segala urusan dan tabah menghadapi musibah ini.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama