Pada 17 dan 18 Oktober 2022 (Isnin dan Selasa) diadakan Hari Bertemu Pelanggan Persatuan/Kelab pelajar UiTM Shah Alam anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang bertempat di Dewan Mawar Qaseh, UiTM Shah Alam. Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.





PTAR juga berpeluang untuk bersama-sama memeriahkan program ini dengan membuka booth, dimana PTAR berkesempatan turun padang dan bersemuka dengan pelajar dalam mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Antara perkhidmatan yang diuar-uarkan adalah MobileApp@PTAR, Kelas Kemahiran Maklumat, Book Delivery Services (BDS) dan lain-lain. PTAR juga menyediakan e-Games dan memperkenalkan Online Databases kepada pelajar yang berminat.



Pada sebelah petang, sesi Let's Chat bersama PTAR UiTM oleh Puan Siti Salwa binti A.Rahman, Pustakawan Kanan yang diadakan di bilik seminar kepada para pelajar bagi memberi pendedahan mengenai maklumat dan perkhidmatan serta kemudahan terkini di perpustakaan.

Program ini akan berlangsung selama 2 hari. Team PTAR akan berada di sana bagi membantu dan membimbing pelajar mengenai maklumat dan perkhidmatan perpustakaan. Ada hadiah misteri menanti untuk yang bertuah.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama