Pada 17 Oktober 2022 (Isnin), Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman berkesempatan ke PTAR Kampus Teluk Intan. Terima kasih diucapkan kepada Encik Shahrani bin Abdul Manaf, Timbalan Ketua Pustakawan kerana telah bersama-sama dalam lawatan ini. Ketua Pustakawan UiTM juga telah disambut baik oleh Puan Suzana binti Ishak, Pembantu Pustakawan Kanan dan Encik Damahuri bin Haji Mohamad Ramli, Pembantu Pustakawan di sana.
Sesi lawatan ini dimulakan dengan ucapan aluan dari Encik Shahrani. Kemudian, Ketua Pustakawan UiTM berpeluang bersemuka dengan staf di sana. Ia telah menjadi salah satu sesi utama beliau ketika lawatan, dimana beliau dapat mendengar luahan, pandangan dan cadangan dari staf sendiri. Walaupun staf perpustakaan ini tidak ramai, namun beliau tidak meminggirkan mereka dan mahu mereka bersama-sama memahami dan membantu merealisasikan aspirasi perpustakaan UiTM.
Sebelum lawatan Ketua Pustakawan UiTM berakhir di PTAR Kampus Teluk Intan ini, beliau telah dibawa melihat persekitaran perpustakaan. Selepas sesi penyampaian cenderahati dan bergambar bersama staf sebagai kenangan, maka selesailah lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM di PTAR Kampus Teluk Intan ini. Diharap apa yang telah dikongsikan sepanjang lawatan ini dapat dipraktikkan bagi menambahbaik perkhidmatan perpustakaan.
Catat Ulasan