7 Oktober 2022 (Jumaat), satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Majlis Jasamu Dikenang (MJD) tahun 2022 bagi Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Naib Canselor telah diadakan di Anjung Seri Budiman.

Tahniah dan syabas diucapkan terutama kepada staf PTAR yang mempunyai rekod prestasi dan pencapaian yang cemerlang serta staf yang telah berkhidmat selama 20, 25 dan 30 tahun di UiTM dan bakal menyempurnakan tempoh perkhidmatan mereka.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima APC :

1. Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan)
2. Puan Hani Liza binti Norfin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan)
3. Puan Norazlin binti Mohd. Yusof (Pustakawan Kanan)
4. Puan Rizana binti Mohd Radwan (Pustakawan Kanan)
5. Puan Fatimah Munirah binti Shafii (Pembantu Pustakawan Kanan)
6. Puan Norhasima binti Hashim (Pembantu Pustakawan Kanan)
7. Puan Siti Hajar binti Riduan (Pembantu Pustakawan Kanan)
8. Puan Ili Kaiyisah binti Abdul Rahman (Pembantu Pustakawan Kanan)
9. Encik Abdul Muhsin bin Abd Rasid (Pembantu Pustakawan)
10. Puan Nur Fatin Nadia binti Mohamed Nadzri (Pembantu Pustakawan)
11. Encik Mohamad Fairuz bin Abdul Rahim (Pembantu Pemuliharaan)
12. Encik Mohd Norsam bin Yakup (Pembantu Operasi)

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada penerima MJD :
1. Encik Mohamad As'shari bin Omar (Pembantu Operasi)
2. Encik Rahim bin Ali (Pembantu Operasi)
3. Encik Ahmad Faizar bin Jaafar (Pustakawan Kanan)

Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Ahmad Amiri bin Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan yang telah hadir bersama-sama untuk meraikan staf perpustakaan pada malam itu. Tidak lupa juga kepada Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan yang merupakan wakil PTAR dan telah dilantik menjadi salah seorang ahli jawatankuasa majlis yang bermakna itu.


Diharap dengan penganugerahan ini, ia dapat dijadikan sebagai pemangkin semangat dan dapat memberikan komitmen yang lebih baik serta meningkatkan produktiviti di masa akan datang.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama