7 Oktober 2022 (Jumaat) - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan Program Tazkirah PTAR yang telah dijadualkan secara bulanan. Tajuk Tazkirah pada bulan ini adalah Nasionalisme & Perpaduan Ummah yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Shahrulnizam Akhsan, Penolong Pendaftar Kanan (Hal Ehwal Islam) bertempat di Bilik Seminar PTAR. 


Tazkirah yang bermula jam 9.00 pagi ini turut dihadiri oleh Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua bahagian dan juga staf perpustakaan.





Ustaz Mohd Shahrulnizam Akhsan telah berkongsi definisi nasionalisme iaitu perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri secara mendalam dimana kita harus menanamkan rasa cinta dan menyumbang sesuatu kepada negara.

Ustaz juga berkongsi nasionalisme dalam perspektif al-Quran, salah satunya adalah kita perlu mencintai tanah air. Ustaz juga berkongsi potongan ayat dari surah an-Anfal, ayat 30 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya."

Di akhir tazkirah, Ustaz Mohd Shahrulnizam Akhsan memberikan kesimpulan bahawa nasionalisme sama sekali tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Ini terbukti menerusi dalil al-Quran dan Hadith. Nasionalisme sepatutnya menjadi medium untuk terus istiqamah melakukan amal soleh dan kebaikan, menjalinkan silaturahim dan menyantuni masyarakat.

Sebelum mengakhiri program tazkirah ini, Puan Asmah binti Sabtu selaku pengacara majlis menjemput Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman bagi sesi penyampaian sumbangan ikhlas dari Jawatankuasa Tazkirah PTAR kepada Encik Khairy bin Mohd Zain, Pemandu Kanan yang telah ditimpa musibah (masalah kesihatan). Semoga Encik Khairy diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.


Program ini berakhir jam 10.10 pagi. Terima kasih kepada semua staf perpustakaan yang telah melapangkan masa untuk bersama-sama menghadiri program tazkirah pagi ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam Program Tazkirah PTAR yang akan datang.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama