Pada 20 Oktober 2022 (Khamis), satu mesyuarat kerjasama telah diadakan diantara PTAR dan BHEI bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai program-program kerjasama diantara kedua-dua pihak. Wakil PTAR yang telah bersama-sama dalam mesyuarat ini adalah Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan), Encik Norhazlan bin Nordin (Timbalan Ketua Pustakawan), Tn. Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar (Pustakawan Kanan), Puan Nurul Aida binti Noor Azizi (Pustakawan Kanan) dan Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi).

Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan aluan dari Ketua Pustakawan UiTM, YBrs. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman dan Pengarah BHEI, YBrs. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Hamdani. Antara yang dibincangkan adalah mengenai pelaksanaan Seminar Pengurusan Maklumat Islam, Program Speed Reading, Program Fiqh Nisa' dan perbincangan mengenai Web Master serta Sistem PTAR-BHEI - Jawi@UiTM.



Mesyuarat berjalan dengan lancar dan telah mendapat banyak input dan cadangan yang sangat baik dalam menjalinkan kerjasama diantara PTAR dan BHEI. PTAR mengucapkan terima kasih diatas kunjungan dari wakil BHEI ke perpustakaan. PTAR amat berbesar hati dengan kerjasama ini dan berharap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama