6 November 2022 (Ahad), Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman telah melawat ke Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB), Cawangan Kedah Kampus Sungai Petani bagi meneruskan lawatan kerja beliau di sana dengan diringi oleh Encik Ahamad Zuber bin Mohamed (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan).

Ketibaan mereka disambut baik oleh staf perpustakaan bersama-sama Ketua Perpustakaan Cawangan, Puan Azizah binti Khasim. Ucapan aluan dari Puan Atirah binti Ruslan (Pustakawan Kanan) wakil bagi PSB.

Sesi lawatan ini diteruskan dengan ucapan dan taklimat Ketua Pustakawan UiTM kepada staf PSB dimana sesi ini beliau membuka ruang dan peluang kepada staf perpustakaan untuk mengajukan soalan, bertukar pandangan dan cadangan serta mendapatkan input-input dari mereka. Beliau juga telah berkongsi halatuju perpustakaan menjelang GRU2025. Perpustakaan harus seiring dengan universiti bagi meningkatkan ketampakan di peringkat global.



Selepas makan tengahari, mereka telah dibawa melawat persekitaran perpustakaan yang turut diiringi oleh Puan Azizah. Ketua Pustakawan UiTM tertarik dengan perkhidmatan OKU yang disediakan di sana iaitu eView. Ia boleh dijadikan contoh terbaik bagi perpustakaan cawangan yang lain. Paparan maklumat perpustakaan juga sangat kreatif dan mudah dilihat oleh pengguna.


Kemudian, mereka dibawa melawat Galeri Batik Merbok. Mereka tertarik dengan pameran dan replika yang dipamerkan.


Terima kasih diucapkan kepada seluruh staf Perpustakaan Sultan Badlishah, Cawangan Kedah Kampus Sungai Petani yang telah menunjukkan komitmen yang terbaik dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan untuk warga kampus.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama