Alhamdulillah, pada 7 November 2022 (Isnin), Ketua Pustakawan UiTM bersama-sama Encik Ahamad Zuber bin Mohamed (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) menyambung lawatan ke Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan (PDJH) Cawangan Perlis Kampus Arau. Mereka disambut baik oleh Ketua Perpustakaan Cawangan Perlis, iaitu Encik Mohd Fahizan bin Hamid beserta staf perpustakaan di sana.


Permulaan sesi lawatan ini dimulakan dengan kata aluan dari Encik Mohd Fahizan serta taklimat ringkas oleh beliau. Kemudian, diikuti dengan ucapan aluan dimana Ketua Pustakawan UiTM menyentuh mengenai tahap kemahiran staf dari aspek komunikasi dan penggunaan teknologi serta perlu seiring dengan GRU2025 bagi ketampakan universiti di peringkat global.

Selesai sesi taklimat dan ramah mesra bersama staf, Encik Jamalludin dan Encik Ahamad Zuber dibawa melawat persekitaran PDJH 1 dan 2.


Di sebelah petang pula, Encik Jamalludin berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Rektor UiTM Perlis, iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim bin Mohd Fauzi. Beliau disambut mesra oleh Rektor UiTM Perlis dan mereka sempat bertukar pendapat, cadangan serta pandangan terutamanya dalam penambaikan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan untuk warga kampus.



Selesai kunjungan hormat itu, Ketua Pustakawan UiTM juga telah dibawa melawat perpustakaan mini Kolej Dahlia 2. Kedatangan mereka telah disambut oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar dengan berbaju merah. Beliau tertarik dengan perpustakaan mini yang diuruskan oleh pelajar-pelajar ini di kolej kediaman masing-masing.



Alhamdulillah, selesai sesi lawatan kerja di utara iaitu di Kedah dan Perlis. Diharap dengan lawatan ini, staf akan lebih memahami mengenai kepentingan dan hala tuju perpustakaan UiTM dan berharap agar mereka bersama-sama membantu merealisasikan aspirasi perpustakaan UiTM.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama