Pada 14 November 2022 (Isnin), PTAR amat berbesar hati kerana dapat menjemput Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah sebagai panel jemputan bagi program Live@PTAR Segmen Bicara Buku anjuran PTAR yang diadakan secara langsung di saluran Youtube dan facebook Perpustakaan UiTM.

Terima kasih juga diucapkan kepada moderator program ini iaitu Dr. Noor Nirwandy bin Mat Noordin kerana sudi bersama-sama dalam program ini. Mendengarkan perkongsian dan pengalaman serta cerita beliau, 2 jam terasa tidak cukup.



Perkongsian dan penulisan dari buku ini menunjukkan bahawa beliau sangat sayangkan bangsa Melayu. Beliau menghadapi pelbagai kesusahan, suka dan duka untuk melihat anak Melayu berjaya. Banyak jasa beliau terutamanya di UiTM.
Buku beliau boleh didapati di https://ibrahimshah.com.my/ secara atas talian. Buku ini sangat menarik untuk dibaca dan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan buku ini. Buku ini juga telah berada di perpustakaan dan sedia untuk dipinjam.
Terima kasih Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah atas kesudian Tan Sri meluangkan masa untuk program ini.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama