Pada 16 November 2022 (Rabu) PTAR telah menerima seramai lima orang penyelidik daripada Universitas Indonesia. Para penyelidik ini telah memilih PTAR, UiTM Shah Alam sebagai lokasi kajian dalam bidang pengurusan maklumat. Terdapat dua kajian yang dijalankan iaitu “Information Needs and Seeking Behaviour of Undergraduate Students in Indonesia and Malaysia in Times of COVID-19 Pandemic” dan “The Impact of COVID-19 Pandemic on Academic Libraries in Indonesia and Malaysia: Services Policy and Model”. 


Para penyelidik ini telah disambut baik oleh Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman, Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan, Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Ketua Bahagian Korporat & Kolaborasi dan Encik Mohd Izwan bin Salim, Pustakawan Kanan (Unit Rujukan). Terima kasih diatas kesudian dan dapat meluangkan masa dalam perkongsian maklumat dan pengalaman tentang pengurusan perpustakaan akademik sewaktu pandemik Covid-19 melanda.

Para penyelidik dari Universitas Indonesia terdiri daripada Dr. Fuad Gani (M.A.), Reynaldo De Archellie (M.Si.), Nurmaya Prahatmaja (S.Sos. MA), Wira Sakinatun Najahah (M.Hum.) dan Moethia Anggraeni (S.Hum.).

Borang soalselidik turut diedarkan oleh penyelidik kepada pengguna dan para pelawat perpustakaan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Salwa A.Rahman (Pustakawan Kanan) dan Encik Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi) diatas kerjasama yang diberikan kepada para penyelidik serta mengiringi mereka melawat persekitaran PTAR.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama