23 November 2022 (Rabu), bertempat di Bilik Seminar, PTAR UiTM Shah Alam telah diadakan Program Speed Reading anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI), UiTM Shah Alam.
Diharapkan melalui program ini, para peserta dapat mempelajari dan menguasai kemahiran atau teknik speed reading dan seterusnya mengaplikasikan teknik ini dengan berkesan dalam aktiviti membaca.
Ketua Pustakawan UiTM juga mohon supaya semua Perpustakaan Cawangan bersama-sama menggerakkan program speed reading kepada semua kategori warga universiti atau kampus termasuk staf akademik dan bukan akademik serta pelajar termasuk program-program CSR yang terancang.
Catat Ulasan