Pada 7 November 2022 (Isnin), PTAR telah menerima lawatan dari Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sungai Buloh bagi sesi lawatan ke Smart Classroom di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam.



Seramai 6 orang staf dari Jabatan Pendidikan Perubatan turut hadir yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Juru Audio Visual, Pereka Grafik, Jurugambar, Pegawai Eksekutif dan Pembantu Tadbir. Mereka telah disambut oleh Encik Mohd Hazrul bin Mohd Hussin (Pustakawan Kanan) bagi sesi lawatan ini. Beliau juga telah memberikan taklimat dan penerangan mengenai Smart Classroom.

Sesi lawatan ini adalah bertujuan untuk mempelajari cara penggunaan dan pengendalian bilik Smart Classroom serta pendedahan tentang fungsi utama Smart Classroom. Diharap dengan sesi ini, pihak Jabatan Pendidikan Perubatan, Fakulti Perubatan, UiTM Kampus Sungai Buloh mendapat maklumat dan informasi yang diperlukan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama