Alhamdulillah, program Khidmat Masyarakat PTAR bersama SK Sijangkang Jaya, Telok Panglima Garang, Selangor masih diteruskan. Pada 1 Disember 2022 (Khamis), PTAR telah menerima lawatan dari Guru Besar, Guru Sekolah dan wakil PIBG ke perpustakaan bagi penyerahan buku dan kaunter perpustakaan kepada pihak sekolah.


Mereka telah disambut oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan), Encik Norhazlan bin Nordin (Timbalan Ketua Pustakawan), Puan Asmah binti Sabtu (Pustakawan Kanan) dan Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi).




Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, Puan Nor Hamizah binti Abdul Hamid, Guru Pusat Sumber, Puan Norhafizhah binti Hamzah, Guru Pembangunan Sekolah, Encik Azri bin Bahari serta Naib Yang Dipertua PIBG SK Sijangkang Jaya, Encik Roshamri bin Hassan atas kesudian mereka ke PTAR. Mereka juga telah dibawa melawat persekitaran perpustakaan, disamping berkongsi amalan terbaik yang boleh dipraktik di pusat sumber sekolah di sana.
Diharap agar program ini tidak terhenti di sini. PTAR amat berbesar hati untuk berkolaborasi dalam program atau aktiviti bersama SK Sijangkang Jaya pada masa akan datang.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama