Pada 2 Disember 2022 (Jumaat), PTAR telah menerima lawatan pelajar dari SK Seafield 3, Klang seramai 114 orang termasuk para pelajar, guru sekolah, pensyarah Akademi Pengajian Bahasa (APB) dan fasilitator.









Pelajar-pelajar ini telah dibawa melawat dan melihat kemudahan perpustakaan yang disediakan di setiap aras perpustakaan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan) dan Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi) yang telah memberikan taklimat dan menguruskan sesi lawatan ini.

Diharap dengan lawatan ini, pihak sekolah dan pelajar-pelajar dapat melihat transformasi dan perkhidmatan serta kemudahan perpustakaan yang boleh dipraktikan di pusat sumber sekolah nanti.

Terima kasih SK Seafield 3, Subang Jaya diatas lawatan ini.


Post a Comment

Terbaru Lebih lama