Ketua Pustakawan UiTM melengkapkan lawatan kerja di UiTM Cawangan Terengganu dengan melawat ke Kampus Kuala Terengganu pada 1 Disember 2022 (Khamis) yang diringi oleh Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan. Turut hadir, Encik Shahrol Nizam bin Johol, Ketua Perpustakaan Cawangan dan Encik Md Kamil Ibrahim, Pustakawan Kanan.


Kehadiran delegasi Ketua Pustakawan disambut oleh Prof. Madya Wan Dorishah Wan Abdul Manan, Penolong Rektor dan Cik Nurmaisari binti Che Anuar, Pustakawan dan staf perpustakaan. Sesi lawatan dimulakan dengan kata aluan oleh Prof. Madya Wan Dorishah Wan Abdul Manan, Penolong Rektor dan beliau berpuas hati dengan program yang dilaksanakan di perpustakaan serta memohon meningkatkan serta tambahbaik dengan pelbagai program yang bermanfaat untuk warga kampus. Beliau turut menyokong penuh segala aktiviti dan perancangan yang dijalankan oleh perpustakaan.



Seterusnya Ketua Pustakawan turut menyampaikan hasrat beliau agar perpustakaan diberi perhatian dan melonjakkan penggunaan perkhidmatan yang disediakan untuk para akademik dan pelajar. Cik Nurmaisari binti Che Anuar turut mengambil peluang berkongsi aktiviti dan isu yang dihadapi di perpustakaan.



Terima kasih diucapkan kepada seluruh staf perpustakaan UiTM Terengganu diatas komitmen yang telah diberikan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama