Pada 30 November 2022 (Rabu), lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman yang turut diiringi oleh Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan telah ke Perpustakaan Cendiakawan UiTM Cawangan Terengganu yang terletak di Dungun. Mereka disambut mesra oleh Profesor Ts. Dr. Maziah Puteh, Rektor UiTM Cawangan Terengganu bersama Encik Shahrol Nizam bin Johol, Ketua Perpustakaan Cawangan serta staf perpustakaan di sana.

Sebelum ke perpustakaan, Ketua Pustakawan UiTM telah dibawa ke lokasi perusahaan madu kelulut yang terkenal di UiTM Cawangan Terengganu. Pertemuan beliau bersama staf perpustakaan dimulakan dengan taklimat berkaitan program yang dijalankan serta isu-isu yang dihadapi oleh perpustakaan yang telah disampaikan oleh Encik Shahrol Nizam bin Johol.

Ketua Pustakawan turut memberi nasihat, amanat dan kata-kata semangat kepada semua staf perpustakaan. Perpustakaan in juga turut mendapat pujian oleh mantan Rektor iaitu Profesor Dr. Hj. Abdol Samad bin Nawi, yang kini merupakan Rektor UiTM Cawangan Kelantan sewaktu Ketua Pustakawan mengunjungi beliau di UiTM Cawangan Kelantan.




Pada sebelah petang, lawatan Ketua Pustakawan UiTM diteruskan ke UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi yang menghijau dan dikelilingi bukit bukau serta tasik yang menjadi tarikan aktiviti rekreasi. Sesi ramah mesra Ketua Pustakawan bersama staf UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi dimulakan dengan sesi taklimat perpustakaan oleh Encik Mohd Shahnizam bin Mat Zain, Pustakawan Kanan berkaitan program dan isu yang berlaku di perpustakaan. Ketua Pustakawan turut menasihati staf perpustakaan agar sentiasa komited dalam meningkatkan perkhidmatan perpustakaan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama