6 Disember 2022 (Selasa), lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman diteruskan pada hari kedua iaitu ke PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 yang diringi oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan. Turut hadir, Puan Nur Afeqah binti Abdullah (Ketua Perpustakaan Cawangan), Encik Abang Mohd Farizan bin Abang Yakup (Pustakawan Kanan), Encik Khairil Bahrom bin Rosli (Pustakawan), Puan Dayang Azimah binti Abang Yusof, (Pustakawan) dan staf perpustakaan di sana.




Sesi lawatan ini dimulakan dengan kata aluan dari Encik Khairil Bahrom serta taklimat ringkas oleh beliau. Kemudian, diikuti dengan ucapan dan taklimat dari Ketua Pustakawan. Sesi soal jawab bersama staf juga diadakan bagi mendengar isu, cadangan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam meningkatkan tahap perkhidmatan perpustakaan. Mereka juga telah dibawa melawat persekitaran perpustakaan.


Pada lawatan ini, Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan menerangkan mengenai peranan perpustakaan dan penumpuan serta penekanan terhadap Globally Marketable 2023 Perpustakaan UiTM bagi ketampakan universiti di peringkat global.
Alhamdulilah, selesai lawatan kerja Ketua Pustakawan di dua lokasi perpustakaan di Cawangan Sarawak iaitu Mukah dan Samarahan 2. Diharap dengan apa yang telah dikongsikan dalam lawatan ini, mereka dapat bersama-sama membantu merealisasikan aspirasi perpustakaan UiTM seiring dengan GRU2025.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama