Pada 7 Disember 2022 (Rabu), Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman telah mengadakan kunjungan hormat ke Pustaka Negeri Sarawak yang terletak di Kuching, Sarawak. Turut mengiringi beliau ialah Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan. Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Puan Nur Afeqah binti Abdullah, Ketua Perpustakaan UiTM Cawangan Sarawak dan Encik Abang Mohd Farizan bin Abang Yakup, Pustakawan Kanan serta staf perpustakaan di sana.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak serta kakitangan di Pustaka Negeri Sarawak kerana kesudian menerima kunjungan hormat dari pihak PTAR serta diberi peluang melawat persekitaran perpustakaan di sana.


Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk membincangkan peluang kolaborasi diantara kedua-dua perpustakaan dan Alhamdulillah, secara dasarnya komitmen bagi kerjasama ini dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Ini bagi memastikan peranan dan fungsi perpustakaan akademik dan perpustakaan negeri dapat disumbangkan kepada komuniti. Kerjasama ini juga akan membantu bagi meningkatkan fokus Library Community Engagement.

Untuk mengenali Pustaka Negeri Sarawak dengan lebih dekat, klik pada pautan ini: https://www.pustaka-sarawak.com/

Diharap dengan kunjungan hormat ini, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Pustaka Negeri Sarawak dapat mewujudkan kerjasama dan kolaborasi yang berimpak terutamanya dalam memberikan serta menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada pengguna perpustakaan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama