Pada 14 Disember 2022 (Rabu), PTAR telah menerima lawatan dari Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Muthiah, Shah Alam seramai 50 orang termasuk ustazah yang diketuai oleh Pegawai Eksekutif, Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) iaitu Encik Mohamad Azizi bin Abd Hazis.



Mereka telah dibawa melawat dan melihat kemudahan perpustakaan yang disediakan di setiap aras perpustakaan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan/Bahagian Perkhidmatan Pelanggan) dan Puan Zuhaslinda binti Sulaiman (Pustakawan Kanan/Bahagian Korporat dan Kolaborasi) yang telah memberikan taklimat dan menguruskan sesi lawatan ini.




Diharap dengan lawatan ini, mereka dapat didedahkan dengan keperluan dan maklumat terkini mengenai perkhidmatan perpustakaan serta mengetahui kemudahan yang disediakan untuk pengguna perpustakaan.
Terima kasih Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Muthiah, Shah Alam diatas lawatan ini.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama