Pada 12 Disember 2022 (Isnin), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah memeterai memorandum kerjasama (MOC) dengan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Jawa Barat, Indonesia bertempat di Perpustakaan Universitas Pendidikan Indonesia.

Jalinan kerjasama ini berfokuskan kepada bidang dunia kepustakawan terutama aspek pembangunan repositori, perkhidmatan perpustakaan dan komuniti serta pembangunan bakat.

Perpustakaan UiTM diketuai oleh YBrs. Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan) manakala pihak Perpustakaan UPI diketuai oleh YBrs. Dr. Riche Cynthia Johan, M. Si., Ketua Pustakawan, UPI. Turut hadir menyaksikan majlis bersejarah ini adalah YBrs. Hada Hidayat Margana M.I.Kom, Kepala Divisi Akuisisi Bahan Kepustakaan, Tuan Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar (Pustakawan Kanan, UiTM) dan Encik Asraf Zamani bin Hazim (Pustakawan, UiTM) serta staf perpustakaan UPI.



PTAR sentiasa berusaha mencari peluang meningkatkan bilangan jalinan kerjasama dengan Perpustakaan sama ada dalam atau luar negara supaya kekuatan dan kecemerlangan Universiti dapat diterjemahkan selari dengan GRU2025 UiTM.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama