5 Januari 2023 (Khamis), Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman telah mengadakan lawatan kerja ke PTAR UiTM Cawangan Perak iaitu ke Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah yang turut diringi oleh Dr. Hjh Zalifah binti Awang Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan dan Dr. Hjh Adlina binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan.

Sesi menandatangani buku pelawat telah diadakan diikuti dengan sesi bergambar sebagai kenangan.





Ketua Pustakawan juga berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Rektor UiTM Cawangan Perak, iaitu Prof. Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim dan bertukar pandangan dan cadangan dalam penambahbaikan khususnya di perpustakaan. Ribuan terima kasih diucapkan diatas kesudian beliau menyambut kedatangan kami di sana.






Lawatan ini diteruskan dengan tayangan montaj aktiviti-aktiviti PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar yang telah dilaksanakan pada tahun 2022. Ucapan aluan telah disempurnakan oleh Puan Siti Basriyah Shaik Baharudin, Ketua Perpustakaan Cawangan dan diikuti dengan Sesi Bersama Ketua Pustakawan dimana sesi soal jawab antara staf dan penyampaian cenderahati telah dijalankan.



Beliau juga telah dibawa melawat ke unit-unit serta persekitaran perpustakaan di sana.
Selesai sesi lawatan kerja Ketua Pustakawan di Kampus Seri Iskandar pagi ini. Pada sebelah petang akan disambung dengan lawatan ke Kampus Tapah.
Diharap dengan apa yang telah dikongsikan dalam lawatan ini, dapatlah kita bersama-sama meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan perpustakaan serta membantu merealisasikan aspirasi perpustakaan UiTM seiring dengan GRU2025.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama