5 Januari 2023 (Khamis), di sebelah petang, lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman diteruskan ke Kampus Tapah. Turut diringi, Dr. Hjh Zalifah binti Awang Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan dan Dr. Hjh Adlina binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan. Ia dikuti dengan sesi menandatangani buku pelawat dan sesi bergambar sebagai kenangan.

Lawatan kerja ini telah disambut mesra oleh staf perpustakaan di sana yang diketuai oleh Puan Siti Basriyah Shaik Baharudin, Ketua Perpustakaan UiTM Cawangan Perak. Terima kasih diucapkan diatas sambutan yang telah diberikan.



Sesi lawatan ini diadakan di bilik mesyuarat dimana, sesi bersama Ketua Pustakawan diadakan bersama-sama semua staf perpustakaan di sana. Pelbagai isu, persoalan, cadangan dan penambahbaikan yang telah dikongsi bersama. Encik Jamalludin juga turut menerangkan perancangan dan halatuju PTAR dan UiTM serta perlu seiriing dengan GRU2025 universiti. Beliau mahu semua perpustakaan cawangan terlibat dan bekerjasama untuk mencapai aspirasi perpustakaan ini.
Terima kasih sekali lagi diatas pelaksanaan sesi lawatan ke PTAR Cawangan Perak.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama