Pada 19 Januari 2023 (Khamis), lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ke PTAR Cawangan Pahang diteruskan ke Kampus Raub. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman turut diiringi oleh Puan Hani Liza binti Norfin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) dan Puan Aznur Umiza binti Abu Kassim (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan).


Lawatan kerja ini turut diiringi oleh Ketua Perpustakaan Cawangan Pahang iaitu Puan Hajah Rosnita binti Ja'afar serta disambut baik oleh pustakawan dan staf perpustakaan di sana. Mereka juga telah dibawa melawat persekitaran perpustakaan disamping diberikan penerangan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan untuk warga kampus.

Ketua Pustakawan juga mengadakan sesi bersama staf perpustakaan dalam suasana santai serta berkongsi mengenai kepentingan perpustakaan dan perlu selari dengan peranan PTAR ke arah Globally Renowned University (GRU2025) supaya mereka lebih memahami halatuju perpustakaan.


Sesi bergambar dan menandatangani buku pelawat diadakan sebagai tanda kenangan lawatan ke perpustakaan. Diharap dengan lawatan kerja ini, perpustakaan dapat menambahbaik mutu perkhidmatan dan kemudahan kepada tahap yang lebih baik.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama