Lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ke PTAR Cawangan Pahang berjalan dengan lancar. Dua kampus telah dilawati oleh Ketua Pustakawan UiTM. Beliau telah ke Kampus Jengka pada 18 Januari 2023 (Rabu) dan disambut baik oleh staf perpustakaan di sana. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman turut diiringi oleh Puan Hani Liza binti Norfin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) dan Puan Aznur Umiza binti Abu Kassim (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan).


Lawatan kerja ini telah disambut oleh Ketua Perpustakaan Cawangan Pahang iaitu Puan Hajah Rosnita binti Ja'afar serta pustakawan dan staf perpustakaan di sana. Mereka telah dibawa melihat persekitaran perpustakaan dan menandatangani buku pelawat selain bergambar sebagai kenangan.

Sesi bersama Ketua Pustakawan UiTM dan staf perpustakaan juga telah diadakan sebagai satu sesi dimana perbincangan dan bertukar pendapat sesama staf dapat diadakan. Encik Jamalludin turut berkongsi dan menerangkan mengenai kepentingan perpustakaan dan perlu selari dengan peranan PTAR ke arah Globally Renowned University (GRU2025) dan ke arah menjadikan PTAR sebagai perpustakaan terkemuka di dunia.




Disamping itu, mereka turut dibawa melawat persekitaran perpustakaan dan unit arkib disana. Mereka juga turut diberikan penerangan projek-projek yang sedang diusahakan. Encik Jamalludin juga dibawa melihat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk warga kampus dalam memastikan perpustakaan menyediakan kemudahan yang selesa dan kondusif untuk pelanggan perpustakaan.

Terima kasih diucapkan kepada semua staf perpustakaan yang terlibat diatas sambutan dan komitmen yang diberikan sepanjang lawatan ini berlangsung.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama