13 Mac 2023 | Isnin - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menerima lawatan seramai 5 orang pelajar dan seorang pensyarah dari Kyushu Institute of Technology (Kyutech), Jepun. Mereka turut diiringi oleh Prof. Ir. Dr. Mohamad Huzaimy Jusoh (Head Research and Innovation Office, College of Engineering, UiTM) beserta para pelajar dari The Institution of Engineers Malaysia@FKE (IEM@FKE), UiTM Shah Alam.

Ia merupakan International Mobility Programme diantara UiTM dan Kyushu Institute of Technology (Kyutech) berkaitan Cultural and Stem Exchanges : Towards Global Marketable 2023. Lawatan ke PTAR merupakan salah satu slot program mereka ke UiTM.


Lawatan ini telah disambut oleh Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan, selaku Ketua Bahagian Korporat dan Kolaborasi beserta Puan Zuhaslinda binti Sulaiman, Pustakawan Kanan.




Mereka telah dibawa melawat persekitaran perpustakaan untuk melihat sendiri perkhidmatan dan kemudahan terkini yang ditawarkan kepada warga UiTM. Mereka tertarik dengan kemudahan E-Games AR-VR Room dan Experiental Learning Space yang disediakan di PTAR.
Diharap dengan lawatan ini, sedikit sebanyak dapat memberikan input dan maklumat yang bermanfaat apabila mereka kembali ke Jepun.


PTAR amat berbesar hati menerima kunjungan ini. Arigatōgozaimasu!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama