Pada 8 Mac 2023 (Rabu) yang lalu, satu program "Knowledge Sharing" berkaitan Sains Terbuka/Open Science telah diadakan di PTAR UiTM Shah Alam yang dihadiri oleh para pustakawan UiTM. Program ini turut mengundang Ms. Paula Lackie, Fulbright Specialist : Information Technology Services, Carleton College, USA.
Antara objektif program ini adalah memperoleh maklumat terperinci mengenai sains terbuka dan pengurusan hasil data penyelidikan (RDM); melatih pustakawan dan staf perpustakaan mengenai prinsip data terbuka, RDM dan pelaksanaan RDM di universiti-universiti awam serta menambah rangkaian nasional dan memperkukuh jaringan kolaborasi dengan institusi/organisasi dalam dan luar negara.
Terima kasih diucapkan kepada Ms. Paula Lackie diatas perkongsian yang diberikan. Diharap ia memberi manfaat dan menambah lagi pengetahuan mengenai Sains Terbuka/Open Science.
Catat Ulasan