Pada 21-23 Februari 2023, telah berlangsung dengan jayanya Program Kerjaya Graduan bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam anjuran PTAR dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Selangor.

Kunjungan hormat PTAR ke PERKESO Negeri Selangor pada 7 November 2022

Perancangan program ini bermula dengan kunjungan hormat PTAR ke PERKESO Negeri Selangor pada 7 November 2022. Perbincangan dan bertukar pendapat antara PTAR dan PERKESO Negeri Selangor telah membawa kepada perancangan untuk mengadakan karnival kerjaya untuk para graduan.

Selain hasrat PTAR untuk menjalinkan kolaborasi dengan pihak industri dan komuniti, antara objektif utama program ini adalah bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan terutamanya UiTM, disamping bagi menjadikan PTAR sebagai hub strategik maklumat.


Dengan perbincangan dan perancangan tersebut, pada 2 Februari 2023, satu sesi perbincangan dan lawatan tapak telah diadakan di PTAR, UiTM Shah Alam bagi merealisasikan program dan objektif ini. Dari situ, segala perancangan dan perjalanan program dibincangkan dengan teliti oleh pihak PTAR dan PERKESO Negeri Selangor dari semasa ke semasa.





Program Kerjaya Graduan ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 20 pihak industri dari pelbagai bidang kepakaran serta menawarkan lebih 5,000 peluang pekerjaan untuk para graduan. Sepanjang 3 hari program berlangsung, seramai 57 orang telah berjaya mendapatkan pekerjaan manakala seramai 188 telah berjaya untuk sesi temuduga peringkat kedua di premis pihak industri masing-masing.




Terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutamanya dari pihak PTAR dan PERKESO Negeri Selangor yang telah bertungkus lumus bermula dari sesi perbincangan sehingga program berlangsung. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kesemua 20 pihak industri yang telah bersama-sama menjayakan program kali ini.
PTAR berharap jalinan kolaborasi dan kerjasama di antara pihak PERKESO Negeri Selangor dan pihak industri tidak terhenti di sini.
We are looking forward to work together in the future!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama